Warning: include(/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9

Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini?

December 29, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan

Selamat tahun baru Hijrah. Sudah tentu banyak gagasan baru hidup sudah disusun dan diatur dalam tahun baru. Ada yang meletakkan azam bagi menubuhkan syarikat bisnes, ada yang meletakkan azam untuk membeli kereta baru, ada yang ingin kahwin (bagi yang bujang), ada yang inginkan kebebasan kewangan dan .. (tambah senarai anda di sini)

Walauapapun azam Anda pada tahun 2009 dan tahun hijrah 1430 ini, saya doakan Anda berjaya mencapainya.

Pada tahun baru ini tentu ada yang meletakkan keazaman membuat sesuatu lain daripada biasa. Azamnya untuk menghasilkan buku pertama. Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya meletakkan nama seminar anjuran saya yang berlangsung pada 17 hb Januari 2009 ini sebagai Seminar Jana Wang Dengan Menulis? (Boleh layari laman web http://www.janawangdenganmenulis.com). Tidakkah ia akan menyebabkan persepsi buruk mengenai dunia penulisan? Semua penulis hanya menulis kerana mendapat wang. Itu kata mereka.

Pada pandangan saya, dunia penulisan adalah suatu dunia yang cukup murni. Ia penuh perjuangan dan inspirasi. Penulis adalah seorang manusia mulia yang ingin berkongsi ilmu mereka di dalam dunia. Ramai orang dalam dunia ini mempunyai ilmu. Ilmu bisnes, ilmu menjahit, ilmu bercakap, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu mengurus, ilmu bercinta dan banyak lagi. Namun begitu kebanyakannya ‘kedekut’ untuk berkongsi dengan orang. Mereka menyimpan semua ilmu dalam minda mereka dengan tidak mahu berkongsi bersama orang lain.

“En. Fauzul, janganlah kata begitu. Kami bukannya kedekut tetapi rasa tak cukup ilmu lagi untuk sampaikan kepada orang lain. Mungkin ya kami ada ilmu, tetapi kami tidak ada bakat untuk menulis, (sambung alasan Anda di sini).”

Ini adalah antara kata-kata yang mungkin ada dalam minda masing-masing apabila membaca pernyataan di atas.

Biar apapun alasannya penafian ia tetap sebuah alasan. Selagi mana anda tidak merealisasikan bukunya tetap Anda seorang yang ‘kedekut’. Mengapa saya berkata begitu? Jika alasannya adalah tidak cukup ilmu saya yakin percaya semua orang mempunyai ilmu tersendiri. Ia datang daripada pengalaman, gerak kerja seharian, pembelajaran dan studi di institusi pengajian tinggi, menjelajah dunia orang ketika melancong, kemahiran semulajadi dan sebagainya. Kesemua ini adalah unik dan hanya kita sahaja mempunyai ilmu itu. Sampai bila kita ingin timba ilmu bagi membolehkan kita menulis? Takkanlah orang yang mempunyai sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah masih lagi berkata mereka tidak ada ilmu?  Apabila begitulah sampai hari kiamat belum tentu buku tulisan Anda akan keluar.

Jika alasan tidak ada ilmu penulisan, banyak ruangan pembelajaran yang ada. Kami di Akademi Penulis menyediakan ruangan pembelajaran tersebut. Dengan hanya pelaburan yang kecil, Anda boleh memperoleh ilmu hasil pengalaman bertahun-tahun pakar dunia penulisan dan perbukuan Malaysia di sini. (Boleh rujuk http://www.janawangdenganmenulis.com)

Ilmu adalah dinamik, ia tidak akan berhenti. Ada satu ketika seorang pakar perundangan datang bertemu saya di pejabat. Beliau berminat sangat untuk menulis mengenai dunia perundangan Malaysia. Selepas bertemu dan mendapat konsultansi dengan saya, beliau mula menulis. Saya menunggu karya beliau sampai ke meja selepas memberikan tarikh akhir penghantaran. Tunggu punya tunggu tidak sampai-sampai. Tarikh akhir yang dijanjikan sudah dilangkaui.

Saya pun hubungi beliau dan bertanya mengenai manuskrip tersebut. Dia berkata bukan tidak mahu hantar tetapi ingin menunggu undang-undang baru yang bakal digubal pada waktu itu. Apabila saya mendengar kata-katanya itu, saya pun memberitahu agar beliau teruslah menunggu. Mengapa? Undang-undang digubal setiap hari, setiap waktu. Ia adalah buatan manusia maka ia akan berubah dan tidak akan statik. Jika hendak menunggu undang-undang baru, maka ia akan berterusanlah hingga ke hari kiamat.

Apa yang boleh saya kata, kita tulis apa yang ada pada kita hari ini. Apabila ada penemuan baru, kita kemaskinikan fakta dan terbitkan semula. Dalam dunia penerbitan kita tidak boleh hanya menulis dan menerbit satu buku. Kita perlu merancang menulis berbuku-buku.

Jadi, Anda bagaimana? Adakah Anda tergolong dalam golongan ‘kedekut’ tadi? Jika Anda tidak, mari kita bersama berjuang menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Jika Anda masih gusar dan tidak tahu mengenai dunia penulisan, saya jemput Anda untuk sertai program Penulis Super anjuran Akademi Penulis. Maklumatnya di http://www.janawangdenganmenulis.com. Tempat semakin habis, bertindak sekarang. Anda pasti boleh menjadi PENULIS SUPER.

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

TAMRIN Sudah Memulakan Langkah, PTS Berpindah Lagi & Kali Ini Ke Bangunan Sendiri

December 2, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan

Fuhhh! Seminggu dua ini memang agak penat otak dan badan. Penat otak memikirkan perancangan untuk menghadapi tahun 2009 dengan penyusunan semula struktur setiap unit di Kumpulan PTS. Pemantapan sistem kerja editorial dan proses pengalihan staff dari unit ke unit bersesuaian dengan struktur baru editorial. Kesemua ini memang menghirup seluruh tenaga minda dan fizikal.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Dari Jakarta Ke Langkawi

November 19, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Sekarang saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berada di Starbucks sementara menunggu panggilan untuk mendaftar masuk bagi penerbangan AirAsia jam 8.15 malam.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Ke Jakarta Lagi

November 14, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Belum sempat saya menceritakan hasil yang diperoleh dari berceramah di Jakarta, hari ini saya ke Jakarta lagi. Sekarang berada di LCCT sementara menunggu berlepas. Kali ini saya bersama En. Arief, Presiden Kumpulan PTS ke sana untuk lawatan bisnes di Pesta Buku Indonesia.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari

November 11, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan

Dipetik dari blog Zakaria Sungib

Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.

Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.

Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.

Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)

Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen

November 11, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan

“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,” kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.

Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”

Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)

Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Model Kerjasama Penerbitan Indonesia-Malaysia

November 8, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Pada 28 Oktober 2008 yang lalu saya dijemput oleh Ikatan Penerbit Indonesia IKAPI Cawangan Jakarta bagi menyampaikan ceramah kepada lebih daripada 150 ahli persatuan penerbit terbesar Indonesia itu. Ia bersempena dengan Rapat Umum (Mesyuarat Agong) IKAPI Cawangan Jakarta untuk tahun 2008.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Penerbangan Terlewat Lagi! Besok Mempromosikan Karya Malaysia Di Rapat Umum IKAPI

October 28, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Saya sekarang berada di Terminal Tambang Murah KLIA. Baru tadi diumumkan penerbangan yang sepatutnya berlepas jam 2.50 petang ditunda ke jam 3.30 petang. Ini bukanlah kali pertama saya menghadapi suasana ini, seingat saya ini kali ketiga. 2 kali ke Jakarta, 1 kali ke Jogjakarta.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Penggabungan PTS Fortuna ke Dalam PTS Millennia Sdn Bhd

October 18, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Minggu lepas adalah minggu penuh mesyuarat. Dari hari Isnin hinggalah Jumaat, setiap hari mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Lebih dari orang kerajaan. Inilah minggu penuh stress.

Sibuknya bukan alang kepalang. Rasanya darah naik sikit dalam minggu ini hinggakan satu malam saya balik dari pejabat selepas berbuka puasa dan makan ubat sakit kepala terus tidur tak sedar diri hinggalah ke subuh.

Memang kesan seminggu ini cukup hebat tidak terkata. Ini tidak termasuk projek laman web terbaru saya yang bakal lancar 20 Oktober 2008 ini (selepas tertunda dari 15 Oktober 2008). Harapnya tidak tertunda lagi projek saya ini. Ini projek khusus buat Anda semua bakal penulis dan penulis.

Hendak tahu apa laman webnya? Lawati www.janawangdenganmenulis.com

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

September 29, 2008 by Fauzul Naim Ishak  
Filed under Coretan, Utama

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Lagi dua hari kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Apabila menjelang hari raya. Bandar Bentong jangan cakaplah. Penuh sesak dengan kereta-kereta ke Kelantan khususnya dan pantai timur amnya yang melaluinya. Bentong sebuah bandar transit tumpuan ramai. Namun begitu yang agak pelik, ia kurang membangun sepertimana bandar-bandar transit yang lain. Tak tahulah siapa yang salah. Samada pihak berkuasa tempatan ataupun kerajaan negeri. Walau apapun itulah bandar di mana saya tinggal.

Read more

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Next Page »