Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali

September 19, 2008

dsc_0104.jpg Lama juga saya tidak mengemaskini laman web tercinta ini. Bukan kerana terlupa, bukan kerana malas, bukan kerana letih. Ia sukar hendak diceritakan. Apa yang boleh saya katakan, ada perkara besar yang akan berlaku. Ia sudah mula dikerjakan dan dalam perjalanan menuju ke matlamatnya. Apa yang boleh saya katakan 10 Oktober adalah satu tarikh yang saya boleh umumkan apa yang saya lakukan sekarang ini.

Bagi yang tidak mahu terlepas, boleh daftarkan diri di ruangan newsletter MentorPenulis.Com dan dapatkan 5P : Formula Penulis Bestseller di sebelah kanan laman web. Mudah sahaja, masukkan Nama Anda, E-mel Anda dan No. Telefon Bimbit. Pasti maklumat terkini menjadi milik Anda.

Tempoh hari saya mendapat peluang duduk bersama salah seorang penulis bestseller Malaysia dalam bidang kewangan peribadi. Beliau adalah antara orang Melayu pertama yang memasuki ruang penulisan subjek ini. Disebabkan itu beliau jugalah antara individu Melayu yang masyarakat Cina dengar cakapnya dalam bidang ini.

Buku pertamanya Millionaires From Jupiter menjadi bestseller sehingga terjual beratus ribu (berdasarkan maklumat yang diperoleh). Buku ini juga lah yang beliau kata adalah buku tulisan beliau yang paling berjaya. Individu yang saya maksudkan adalah saudara Azizi Ali.

Sebut sahaja nama beliau tentu semua terdetik dan tahu siapa dia. Seorang juruterbang yang masih terbang, seorang perunding motivasi kewangan peribadi, seorang penulis prolifik dan seorang penerbit buku. Truewealth Sdn Bhd adalah syarikat penerbitan yang menerbitkan karya-karya tulisan beliau sendiri, Irfan Khairi, Irwan Dahnil dan beberapa nama besar yang lain.

Banyak perkara yang dibincangkan. Beliau amat tidak lokek bercerita mengenai rahsia kejayaan beliau dalam bidang penulisan. Input beliau ini juga adalah salah satu ramuan dalam projek besar saya itu. Nantikan kehadirannya 10 Oktober 2008.

Walauapapun saya ingin kongsikan satu tip menarik daripada beliau. Saya bertanya bagaimanakah beliau membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan penulisan sehingga boleh menulis banyak buku dalam masa singkat.

Beliau mengatakan bahawa semua ini adalah pilihannya. Apabila memilih beliau tidak sepatutnya merasakan tiada masa. Pilihan terletak di tangan kita. Apabila kita memilih untuk membuat sesuatu perkara, ia tentu adalah perkara yang menyeronokkan kita. Jadi tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh dibuat.

Nasihat beliau kepada penulis lain, buat pilihan untuk menulis. Kehidupan sebagai penulisa adalah suatu kehidupan yang penuh keistimewaan. Pengarang dipandang tinggi oleh masyarakat. Apabila kita membantu orang ke arah kebaikan, kita sendiri berasa puas.

Tidak cukup dengan maklumat ini? Nantikan kesemua tip lain dalam projek saya. Di bawah saya kongsikan koleksi gambar bersama Azizi Ali. Yang lebih menarik ia menggunakan kamera digital SLR baru saya. Dibeli untuk keghairahan hidup yang baru.

Hasil Perkongsian :

Fauzul Naim Ishak
Mentor Penulis Bestseller
fauzul@bookpro.my
www.MentorPenulis.Com

*Penulis adalah Pengurus Besar (Editorial) Kumpulan PTS (www.pts.com.my). Memimpin 5 anak syarikat penerbitan dan satu unit penerbitan di bawah Kumpulan PTS. Memiliki beberapa bisnes berkaitan buku dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan bengkel, ceramah dan seminar penerbitan di seluruh Malaysia. Sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pembangunan penulis. Sering dijemput oleh organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memberikan input mengenai dunia penerbitan dan penulisan. Biodata penuh mengenai beliau boleh diperoleh di bahagian biodata di atas (Klik Sini)

Terbaru Dari Setiap Kategori

Artikel Lain Dalam Kategori Pengarang

VN:F [1.0.7_345]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Comments

3 Responses to “Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali”

  1. QurratulAin on September 27th, 2008 7:44 am

    Yesterday, I feel like i want to be a writer. I don’t know why and what for specific reason but i think the intention i keep quite a long time ago.

    Saya punya hasrat nak jadi penulis, berkongsi ilmu dan berkongsi fikiran dengan seluruh dunia. Saya nampak, betapa besarnya peranan mata pena tu, andai dapat merangsang fikiran dan membantu membentuk jiwa manusia pasti dapat bagi bnyk manfaat.

    selagi buku, dan tulisan tu dibaca, tak tergambar rasanya. Semalam saya baca tentang tulisan serba sedikit. Talking about writing. Writing is thinking.

    Saya setuju.pada saya, writiing is experiencing and expressing. writing is speaking.
    ntahla saya rasa tu hasrat murni saya buat masa ni, untuk menulis sesuatu buat warga dunia lebih2 lagi utk manfaat ummah. Apa-apa pun mungkin blogging satu langkah y baik. I love blogging. it is just like my diary. I write it from my heart. i write with what i’ve learnt, seen and feel.

    Saya rasa saya perlu belajar cara2 menulis. Untuk merealisasikan impian saya yang satu tu.

    VA:F [1.0.7_345]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  2. norehan on October 9th, 2008 8:52 pm

    En Fauzul,

    Thank you for the interview with Azizi Ali. I have all his books. He manages to deliver financial matters in a very unique and interesting way. Saya pun bercita-cita untuk menghasilkan best seller and I’m eagerly waiting for your book to be released.

    VA:F [1.0.7_345]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  3. Fauzul Naim Ishak on October 14th, 2008 6:37 am

    Buku saya InsyaAllah akan terbit Januari 2009. Apa yang saya ingin bawa Puan adalah kepada tarikh 15 oktober 2008. Tarikh yang penting untuk dunia penulisan. Boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com untuk mendapat berita mengenainya.

    VN:F [1.0.7_345]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Got something to say?