Saya Gunakan Seluruh Anggota Badan Untuk Melakukan Pemasaran
August 26, 2008
Apabila menyebut nama Billy Lim, tentu terbayang dalam minda masing-masing wajah seorang lelaki Cina berkepala botal dengan sedikit rambut di atasnya ala-ala Mr. Q watak komik terkenal negara China.
Ya memang betul itulah Billy Lim, pengarang buku bestseller Berani Gagal atau versi Inggerisnya Dare To Fail. Buku karangan Billy Lim sudah diterjemahkan ke dalam 10 bahasa. Antaranya bahasa mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Thai, bahasa Indonesia, bahasa German dan beberapa yang lain. Apabila ditanya mengenai berapa naskhah sudah terjual keseluruhannya, beliau sendiri sudah tidak boleh nyatakan berapa kerana sudah terlalu banyak.
Dalam catatan yang dibuat, beliau sudah membuat 9 edisi buku Berani Gagal dengan setiap edisi tercetak melebihi 12 kali ulang cetak. Setiap cetakan minimanya adalah dua ribu dan ada sampai 10,000. Apabila mengambil kiraan dua ribu sebagai suatu tanda aras di darab dengan dua belas didarab dengan sembilan ia membawa kepada dua ratus enam belas ribu naskhah tercetak.
Hebat memang hebat!
Saya amat teruja dengan keghairahannya kepada apa yang dia lakukan selama ini. Seorang yang pernah gagal berjaya keluar dari kegagalan dan terus berjaya hingga sekarang. Beliau baru sahaja mendapat jemputan untuk menyampaikan ceramah kepada 400 orang CEO syarikat Eropah di Sweden.
Dalam pertemuan saya tempoh hari kepada beliau, antara perkara penting dalam memastikan karyanya menjadi bestseller dengan membuat pemasaran agresif. Antara yang dilakukannya adalah membuat satu trademark dan apa yang menarik lagi antara trademarknya adalah seluruh anggota badannya. Sebagai contoh kepalanya menjadi trademark yang memang terkenal di kalangan pembaca buku-buku motivasi. Apabila melihat gambar, kartun ataupun ilustrasi yang mempunyai gambar individu berkepala botak dengan sedikit rambut terus orang teringat kepada Billy Lim.
Banyak lagi formula yang beliau kongsikan kepada saya. Itu semua akan didedahkan dalam projek terbaru saya yang bakal dilancarkan dalam bulan oktober 2008 ini. Doakanlah ya. ![]()
Fauzul Naim Ishak
Mentor Penulis Bestseller
fauzul@bookpro.my
www.MentorPenulis.Com
*Penulis adalah pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd., salah sebuah anak syarikat Kumpulan PTS (www.pts.com.my). Memiliki beberapa bisnes berkaitan buku dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan bengkel, ceramah dan seminar penerbitan di seluruh Malaysia. Sudah 7 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pembangunan penulis. Sering dijemput oleh organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memberikan input mengenai dunia penerbitan dan penulisan. Biodata penuh mengenai beliau boleh diperoleh di bahagian biodata di atas (Klik Sini)
Terbaru Dari Setiap Kategori
- Coretan: Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
- Jadi Bestseller: Menulis Adalah Satu Komitmen - October 9th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes - November 12th, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali - September 19th, 2008
- Pengumuman: Mentor Penulis Mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Akademik Institut Perguruan Sultan Abdul Halim di Langkawi - November 1st, 2008
- Teknik: PERHATIAN : Kepada Semua Motivator & Trainer Malaysia! Berhati-hati Soal Hak Cipta - September 29th, 2008
- Utama: Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes - November 12th, 2008
- Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Yang Penuh Perkongsian - November 9th, 2008
- Doa & Zakat Formula Rahsia Penulis Novel Bestseller Ramlee Awang Murshid - August 25th, 2008
- Orang Cina Pun Baca Buku Melayu! - August 20th, 2008
- Antara Boleh, Mampu dan Mahu - August 11th, 2008
Comments
Got something to say?


