Orang Cina Pun Baca Buku Melayu!
August 20, 2008
Hari ini saya baru masuk pejabat selepas 6 hari bercuti. Ada banyak sebab saya bercuti, namun begitu yang utama adalah bagi meraikan perkahwinan adik ipar saya di Sungai Petani, Kedah. Kendurinya berlangsung pada hari Sabtu 16 hb. Ogos 2008 dan di sebelah suaminya 17 hb. Ogos 2008. Saya juga berkesempatan berkunjung ke rumah salah seorang editor di bawah pengurusan bagi kenduri kahwin kakaknya di Felda Bukit Tembaga, Kedah.
Apa yang berlaku sepanjang minggu?
Banyak perkara yang berlaku. Antaranya adalah sedikit kekecohan terhadap salah satu artikel saya di blog ini (saya sudah mengubah artikel tersebut ke tempat lain atas nasihat pihak tertentu) mengenai para mahasiswa di sebuah IPTA, yang mana mereka ini menjadi para peserta di salah satu sesi ceramah saya. Ada tenaga pengajar yang menuduh saya hendak menjatuhkan mereka dan institusi mereka disebabkan respons yang diberikan oleh salah seorang pengunjung di laman saya ini.
Pada pandangan saya sebagai sebuah negara merdeka, semua pandangan harus diraikan. Mungkin ada benarnya di mana-mana. Jika saya salah tegurlah, saya bersedia menerimanya. Jika benar situasi itu berlaku, kita harus mencari penyelesaiannya. Bukan menuding pula kepada orang lain sebagai pesalah. Apabila kita menuding satu jari ke hadapan, ada empat jari lagi yang menunjuk ke arah kita.
Saya ini jenis yang berterus terang, dan suka orang berterus terang. Sesiapa yang kenal saya, tentu tahu mengenai perkara itu. Kadangkala ada rakan yang meminta saya menurunkan sedikit nada terus terang tersebut agar lebih berlapik. Namun begitu saya punya pengalaman, apabila kita berlapik perkara yang sepatutnya didedahkan orang itu tidak difahami. Baik berterus terang daripada kita ditanya di akhirat kelak oleh Allah, adakah engkau tidak melakukan apa yang engkau kata? Saya lebih takutkan Allah dari manusia.
Itu salah satunya.
Apa yang lebih menarik?
Yang lebih menarik adalah beberapa sesi pertemuan saya dengan beberapa penggiat industri. Baru-baru ini saya bertemu dengan En. C P Lua, Pengurus Besar Operasi Perniagaan MPH. Beliaulah yang menguruskan segala pergerakan kedai-kedai buku MPH seluruh Malaysia. Apa yang dibincangkan dan apa tujuan? Itu perlu tunggu dahulu. Ia bakal diumumkan dalam masa terdekat. Sasarannya 1 Oktober 2008. Ikuti tulisan saya di laman ini selalu bagi mengetahui apa yang menarik itu?
Apa yang ingin saya kongsikan salah satu input beliau mengenai situasi pembelian dan pembacaan di MPH. Orang Cina pun baca buku dalam bahasa Melayu! Ini satu kenyataan yang agak mengejutkan. Selama ini orang berpandangan (terutamanya kerajaan) bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar penting dalam Malaysia. Pandangan ini melihat bahawa masyarakat sekarang terutamanya bangsa lain dari Melayu sudah membaca dalam bahasa Inggeris. Satu masa dahulu ada beberapa tanggapan bahawa PTS ini gila sebab hendak menerbitkan buku dalam bahasa Melayu.
Kenyataan daripada En. Lua satu perkara yang sepatutnya memotivasikan lebih ramai penulis medium Melayu. Perkara lain yang dibincangkan tidak akan saya dedahkan. Nantikan projek besar dari saya tidak lama lagi. Tungguu….
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Mentor Penulis Bestseller
fauzul@bookpro.my
www.MentorPenulis.Com
*Penulis adalah pengarah eksekutif dan pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd., salah sebuah anak syarikat Kumpulan PTS (www.pts.com.my). Memiliki beberapa bisnes berkaitan buku dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan bengkel, ceramah dan seminar penerbitan di seluruh Malaysia. Sudah 7 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pembangunan penulis. Sering dijemput oleh organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memberikan input mengenai dunia penerbitan dan penulisan. Biodata penuh mengenai beliau boleh diperoleh di bahagian biodata di atas (Klik Sini)
Terbaru Dari Setiap Kategori
- Coretan: Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
- Jadi Bestseller: Menulis Adalah Satu Komitmen - October 9th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes - November 12th, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali - September 19th, 2008
- Pengumuman: Mentor Penulis Mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Akademik Institut Perguruan Sultan Abdul Halim di Langkawi - November 1st, 2008
- Teknik: PERHATIAN : Kepada Semua Motivator & Trainer Malaysia! Berhati-hati Soal Hak Cipta - September 29th, 2008
- Utama: Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Motivasi
- Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes - November 12th, 2008
- Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Yang Penuh Perkongsian - November 9th, 2008
- Saya Gunakan Seluruh Anggota Badan Untuk Melakukan Pemasaran - August 26th, 2008
- Doa & Zakat Formula Rahsia Penulis Novel Bestseller Ramlee Awang Murshid - August 25th, 2008
- Antara Boleh, Mampu dan Mahu - August 11th, 2008
Comments
One Response to “Orang Cina Pun Baca Buku Melayu!”
Got something to say?



Tuan,
Isu IPTA dan entri yang menimbulkan kekecohan tersebut menarik perhatian untuk dibincangkan. Selama ini IPTA tidak terlalu membuka pintu sebesar-besarnya kepada industri bagi mendapatkan gambaran apa yang berlaku di luar.
IPTA masih bersikap selamat dengan segala macam teori dan kajian serta tidak dapat menerima ‘kekasaran’ pemain sebenar dalam industri.
Industri sebenar di luar adalah padang pembunuhan besar-besaran ke atas graduan jika mereka tidak dikejutkan ketika dalam universiti lagi.
Jika IPTA mahu dikenali sebagai pemain unggul, bersedialah dengan maklumat jujur dari luar ke dalam. Jika begitu banyak penafian, kelak kita jadi juara demonstrasi, juara bicara sahaja apa disergah. Mendapat kerja bukan ukuran kejayaan IPTA, memahami dan menjiwai kerja sebagai perjuangan adalah hasil unggul yang menjadikan IPTA itu disegani.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com