Mentor Penulis

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (21 & 22 Februari 2009)
February 21, 2009 8:30 am

to

February 22, 2009 6:00 pm

Saya bersama ahli pasukan di Akademi Penulis menganjurkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller. Ia adalah program fasa kedua di bawah program PENULIS SUPER. Ia terbuka kepada semua yang berminat. Ia diadakan berdasarkan maklumat berikut :

Tarikh : 21 & 22 hb. Februari 2009

Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh di laman rasmi program http://www.janawangdenganmenulis.com ataupun terus hubungi 1-700-80-2776 ataupun e-melkan kepada akademipenulis@bookpro.my

Seminar Jana Wang Dengan Menulis (17 Januari 2009)
January 17, 2009

8:30 am

to

6:00 pm

Saya bersama ahli pasukan di Akademi Penulis menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis. Ia adalah program fasa pertama di bawah program PENULIS SUPER. Ia terbuka kepada semua yang berminat. Ia diadakan berdasarkan maklumat berikut :

Tarikh : 17 hb. Januari 2009

Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : Hotel Vistana, Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh di laman rasmi program http://www.janawangdenganmenulis.com ataupun terus hubungi 1-700-80-2776 ataupun e-melkan kepada akademipenulis@bookpro.my

Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini?
Selamat tahun baru Hijrah. Sudah tentu banyak gagasan baru hidup sudah disusun dan diatur dalam tahun baru. Ada yang meletakkan azam bagi menubuhkan syarikat bisnes, ada yang meletakkan azam untuk membeli kereta baru, ada yang ingin kahwin (bagi yang bujang), ada yang inginkan kebebasan kewangan dan .. (tambah senarai anda di sini)

Walauapapun azam Anda pada tahun 2009 dan tahun hijrah 1430 ini, saya doakan Anda berjaya mencapainya.

Pada tahun baru ini tentu ada yang meletakkan keazaman membuat sesuatu lain daripada biasa. Azamnya untuk menghasilkan buku pertama. Ramai yang bertanya kepada saya mengapa saya meletakkan nama seminar anjuran saya yang berlangsung pada 17 hb Januari 2009 ini sebagai Seminar Jana Wang Dengan Menulis? (Boleh layari laman web http://www.janawangdenganmenulis.com). Tidakkah ia akan menyebabkan persepsi buruk mengenai dunia penulisan? Semua penulis hanya menulis kerana mendapat wang. Itu kata mereka.

Pada pandangan saya, dunia penulisan adalah suatu dunia yang cukup murni. Ia penuh perjuangan dan inspirasi. Penulis adalah seorang manusia mulia yang ingin berkongsi ilmu mereka di dalam dunia. Ramai orang dalam dunia ini mempunyai ilmu. Ilmu bisnes, ilmu menjahit, ilmu bercakap, ilmu fizik, ilmu kimia, ilmu mengurus, ilmu bercinta dan banyak lagi. Namun begitu kebanyakannya ‘kedekut’ untuk berkongsi dengan orang. Mereka menyimpan semua ilmu dalam minda mereka dengan tidak mahu berkongsi bersama orang lain.

“En. Fauzul, janganlah kata begitu. Kami bukannya kedekut tetapi rasa tak cukup ilmu lagi untuk sampaikan kepada orang lain. Mungkin ya kami ada ilmu, tetapi kami tidak ada bakat untuk menulis, (sambung alasan Anda di sini).”

Ini adalah antara kata-kata yang mungkin ada dalam minda masing-masing apabila membaca pernyataan di atas.

Biar apapun alasannya penafian ia tetap sebuah alasan. Selagi mana anda tidak merealisasikan bukunya tetap Anda seorang yang ‘kedekut’. Mengapa saya berkata begitu? Jika alasannya adalah tidak cukup ilmu saya yakin percaya semua orang mempunyai ilmu tersendiri. Ia datang daripada pengalaman, gerak kerja seharian, pembelajaran dan studi di institusi pengajian tinggi, menjelajah dunia orang ketika melancong, kemahiran semulajadi dan sebagainya. Kesemua ini adalah unik dan hanya kita sahaja mempunyai ilmu itu. Sampai bila kita ingin timba ilmu bagi membolehkan kita menulis? Takkanlah orang yang mempunyai sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah masih lagi berkata mereka tidak ada ilmu?  Apabila begitulah sampai hari kiamat belum tentu buku tulisan Anda akan keluar.

Jika alasan tidak ada ilmu penulisan, banyak ruangan pembelajaran yang ada. Kami di Akademi Penulis menyediakan ruangan pembelajaran tersebut. Dengan hanya pelaburan yang kecil, Anda boleh memperoleh ilmu hasil pengalaman bertahun-tahun pakar dunia penulisan dan perbukuan Malaysia di sini. (Boleh rujuk http://www.janawangdenganmenulis.com)

Ilmu adalah dinamik, ia tidak akan berhenti. Ada satu ketika seorang pakar perundangan datang bertemu saya di pejabat. Beliau berminat sangat untuk menulis mengenai dunia perundangan Malaysia. Selepas bertemu dan mendapat konsultansi dengan saya, beliau mula menulis. Saya menunggu karya beliau sampai ke meja selepas memberikan tarikh akhir penghantaran. Tunggu punya tunggu tidak sampai-sampai. Tarikh akhir yang dijanjikan sudah dilangkaui.

Saya pun hubungi beliau dan bertanya mengenai manuskrip tersebut. Dia berkata bukan tidak mahu hantar tetapi ingin menunggu undang-undang baru yang bakal digubal pada waktu itu. Apabila saya mendengar kata-katanya itu, saya pun memberitahu agar beliau teruslah menunggu. Mengapa? Undang-undang digubal setiap hari, setiap waktu. Ia adalah buatan manusia maka ia akan berubah dan tidak akan statik. Jika hendak menunggu undang-undang baru, maka ia akan berterusanlah hingga ke hari kiamat.

Apa yang boleh saya kata, kita tulis apa yang ada pada kita hari ini. Apabila ada penemuan baru, kita kemaskinikan fakta dan terbitkan semula. Dalam dunia penerbitan kita tidak boleh hanya menulis dan menerbit satu buku. Kita perlu merancang menulis berbuku-buku.

Jadi, Anda bagaimana? Adakah Anda tergolong dalam golongan ‘kedekut’ tadi? Jika Anda tidak, mari kita bersama berjuang menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Jika Anda masih gusar dan tidak tahu mengenai dunia penulisan, saya jemput Anda untuk sertai program Penulis Super anjuran Akademi Penulis. Maklumatnya di http://www.janawangdenganmenulis.com. Tempat semakin habis, bertindak sekarang. Anda pasti boleh menjadi PENULIS SUPER.

TAMRIN Sudah Memulakan Langkah, PTS Berpindah Lagi & Kali Ini Ke Bangunan Sendiri
Fuhhh! Seminggu dua ini memang agak penat otak dan badan. Penat otak memikirkan perancangan untuk menghadapi tahun 2009 dengan penyusunan semula struktur setiap unit di Kumpulan PTS. Pemantapan sistem kerja editorial dan proses pengalihan staff dari unit ke unit bersesuaian dengan struktur baru editorial. Kesemua ini memang menghirup seluruh tenaga minda dan fizikal.

Apa yang dilakukan ini adalah gerak kerja yang difikirkan perlu bagi memastikan kelancaran program penerbitan tahun akan datang. Ia juga bagi membolehkan setiap unit bergerak dengan lebih fokus dan efisien. Setiap unit mempunyai kekuatan dan kemampuan tersendiri. Mereka perlu dibiarkan berkembang dengan acuan mereka sendiri. Setiap individu dalam unit tersebut perlu ada kekuatan bagi mengendalikan dan merealisasikan fokus utama mereka. InsyaAllah dengan penstrukturan baru ini semuanya dapat bergerak dengan lebih pantas, efektif dan efisien.

Di samping itu juga saya terlibat dengan beberapa pertemuan, mesyuarat dan seminar yang juga mengambil masa-masa luang. Antara yang menarik berlaku di sekitar saya adalah Mesyuarat Agong Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). TAMRIN diwujudkan sebagai satu wahana untuk menggerakkan para perunding latihan dan perunding motivasi menghadapi cabaran global dan negara kita. Ia menjadi ruang pemantapan kualiti perkhidmatan dan juga menjaga kebajikan para motivator muslim Malaysia.

Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Idea penubuhan bermula dengan pertemuan pada bulan Februari 2008. Dihadiri oleh para motivator berpengalaman dan baru di Bangunan Wisma Belia Kuala Lumpur. Dikepalai oleh Dr. Tengku Asmadi dan dinasihati oleh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ustaz Uthman El-Muhammadi, satu gagasan dipersetujui iaitu menubuhkan satu persatuan penaung kepada aktiviti motivasi dan latihan Malaysia. Selepas itu usaha-usaha diteruskan dan Alhamdulillah pada bulan November 2008 TAMRIN diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan.

Pada 26 November 2008 diadakah satu mesyuarat agong bagi penubuhan jawatankuasa pertama TAMRIN bagi sesi 2009 hingga 2011. Sedikit perkongsian AJK TAMRIN 2009-2011

Penasihat Tetap : Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Presiden : Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Timbalan Presiden : Dr. Danial Zainal Abidin

Naib Presiden 1 : Ustaz Zamri Zainal Abidin

Naib Presiden 2 : Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati

Setiausaha Kehormat : Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof

Pen. Setiausaha Kehormat : Saudara Amin Idris

Bendahari Kehormat : Saudara Osman Affan

Pen. Bendahari Kehormat : Saudara Shamsuddin Kadir

Antara AJK dan Ketua Biro adalah Ustaz Ahmad Shukri Yusof, Ustaz Ismail, Dr. Yusof Abbas, Saudara Kamal Affandi Hashim, Puan Siti Sahlah (PSMB), Dr. Suriyakhatun, Ustaz Badlishah dan Tuan Haji Sabtu. Saya sendiri dilantik sebagai AJK & Ketua Biro Penerbitan & Teknologi Maklumat TAMRIN.

AJK TAMRIN 2009-2011 : Berdiri dari kiri :Dr. Yusof Abbas, Tuan Haji Sabtu, En. Fauzul Na’im Ishak, Ustaz Ahmad Syukri, saudara Amin Idris. Duduk dari kiri : Ustaz Badlisyah, saudara Osman Affan, Dr. Tengku Asmadi, Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof, Puan Siti Sahlah dan Ustaz Ismail.

Bersambung….

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy
Tempoh hari sepatutnya saya menghadiri bengkel penulisan novel Islami kendalian saudara Habiburrahman El-Shirazy, pengarang novel bestseller Indonesia Ayat-ayat Cinta di Hotel Residence, Kajang. Namun begitu di saat akhir terdapat perubahan perancangan kerana saya terpaksa ke Jakarta bagi lawatan bisnes di Pesta Buku Indonesia. Oleh sebab itu saya menghantarkan dua orang editor PTS yang menguruskan penerbitan novel Islami di sana.

Mereka membuat sedikit catatan yang menarik dan dikirimkan kepada saya sebagai laporan kehadiran bengkel. Terima kasih kepada mereka kerana di sini saya dapat kongsikan sedikit sebanyak input diperoleh daripada bengkel tersebut.

Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Pengarang Bestseller

Saudara Habiburrahman memberikan 5 ciri pengarang yang ingin karyanya menjadi bestseller dan hebat. 5 ciri tersebut adalah :

a) Niat yang Kuat

Seseorang penulis seharusnya meletakkan satu niat yang kuat dan kukuh dalam hati sanubari mereka sebelum dan semasa berkarya. Niat ini seharusnya positif bagi menjadikan segala tulisan dibuat menyumbang kepada masyarakat. Ia bersesuaian dengan hadis Nabi yang mengatakan bahawa setiap sesuatu dimulakan dengan niat. Niat yang baik membawa penghasilan baik dan dirahmati Allah. Yang buruk dikeji dan dibalas dengan balasan buruk di akhirat kelak

b) Keberanian untuk Menulis

Seseorang pengarang harus bersedia untuk karyanya dibaca oleh orang lain. Apabila begitu mereka perlu terbuka menerima pandangan pelbagai pihak mengenai karyanya. Sesuatu karya yang ditulis tidak akan mungkin boleh jadi paling sempurna kerana kita ini manusia. Hamba Allah. Maklum balas pasaran dan pembaca akan dapat mematangkan penulisan seseorang pengarang itu.

c) Idealisme yang Diperjuangkan dan Kekuatan Jiwa

Seorang pengarang perlu ada perjuangan dalam penulisan. Mereka perlu meletakkan perjuangan sebagai sebab utama dalam penulisan. Perjuangan yang murni dan suci. Penulis tanpa perjuangan, tulisannya tidak dari hati. Kata-kata digunakan tidak meresap masuk ke dalam jiwa pembaca.

d) Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Menulis yang Baik

Teknik dan ilmu kepengarangan amat penting dalam menjadikan seseorang penulis itu matan dalam menulis. Ilmu ini dapat ditimba dengan menghadiri bengkel dan seminar berkaitan dunia penulisan.

e) Akhlak yang Mulia

Akhlak adalah cermin diri. Ia adalah perkara paling besar perlu ada pada manusia. Penulis berakhlak baik berbanding dengan tidak amat besar bezanya dari sudut penulisan. Akhlak amat tergambar dalam penulisan kesemua pengarang. Pengarang yang baik menulis dengan penuh berhikmah dan kata-kata berilmu.

Sedikit perkongsian buat semua. Terima kasih kepada saudari Ashikin dan Nor Hafizah yang sudi berkongsi ilmu ini dengan saya.

Dari Jakarta Ke Langkawi
Sekarang saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Berada di Starbucks sementara menunggu panggilan untuk mendaftar masuk bagi penerbangan AirAsia jam 8.15 malam.

Sebulan dua ini banyak betul perkembangan diri yang pada pandangan saya cukup menarik untuk dikongsikan. Dalam tempoh masa tak sampai 3 minggu saya sudah dua kali ke Jakarta.

Dalam masa tidak kurang 3 minggu saya sudah dua kali mengendalikan bengkel 3 hari.

Dalam masa 2 minggu ini pula banyak kejutan-kejutan berlaku.

Memang jika dibuat plot-plot dalam hidup saya, sebulan inilah yang dirasakan antara babak paling menarik.

Dewan Bahasa & Pustaka

Dalam 3 minggu lepas diberikan peluang mengendalikan bengkel penulisan di bawah tajuk Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Satu perkara yang saya tidak jangkakan walaupun pihak DBP meminta saya membuat cadangan proposal kepada mereka. Ada pihak lain juga diminta untuk mengirimkan proposal. Selalunya kontrak dengan pihak kerajaan ini banyak yang ingin mencelah di saat-saat akhir. Saya sendiri pun sebenarnya tidak ada pengalaman buat gerak kerja kontrak dengan kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan program latihan. DBP satu pengalaman menarik.

Yang menarik juga, para peserta bengkel adalah di kalangan para pengurus penerbitan, editor kanan dan orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penerbitan. Alhamdulillah kesemuanya memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih semua.

Jakarta Oh Jakarta

Dua kali ke Jakarta dalam masa satu bulan. Kali pertama dijemput berceramah di hadapan 150 penerbit buku Indonesia di Jakarta. Kali kedua lawatan kerja ke Pesta Buku Indonesia. Keadaan gawat di Indonesia tidak terasa sangat, terutamanya bagi penerbit buku yang menfokus kepada penerbitan buku agama. Formula menerbit buku agama dan spirituil ini adalah cukup baik bagi menghadapi keadaan gawat. Walaupunlah TPM tidak mengakui kita bakal gawat tahun 2009. Sekarang Malaysia sudah mula terlihat simptom-simptom ke arah itu.

Pusat membeli belah sudah semakin sepi, pekedai mulai susah hendak membayar hutang dan kadar buku dipulang semakin tinggi. Ini agak menyeramkan. Dan memang menyeramkan. Apabila ditanya kepada penerbit Mizan, mereka mengatakan keadaan ini tidak terasa sangat. Rakan di Agromedia pun mengakui buku spirituil adalah anti gawat. Jadi ia sudah berada dalam minda saya bagi tahun 2009.

Pangkat Dinaikkan, Tanggungjawab Semakin Bertambah

Minggu lepas baru sahaja diumumkan, saya dilantik menjadi Pengurus Besar (Editorial) Kumpulan PTS oleh Pengarah Urusan Kumpulan PTS, En. Arief Hakim Sani Rahmat. Apabila saya mengimbas kembali sejarah penglibatan saya dalam PTS, ia amat menghibakan. Hiba bukan kerana sedih, tetapi kerana ia memori indah.

Tahun pertama masuk ke dunia penerbitan, satu tahun eksperimentasi berani mati. Berani mati sebab saya pada ketika itu saya masih lagi seorang mahasiswa. Mahasiswa tahun akhir kejuruteraan letrik, dijemput masuk oleh Puan Ainon Mohd. (terima kasih Puan atas peluang ini) melalui sahabat baik sepengajian segagalan dan se se yang lain Arief Hakim. Ibu dan ayah pada ketika itu agak gusar, tetapi saya ketika itu sudah bertekad. Kemudian peristiwa gagal keluar Universiti Malaya lebih menambahkan tragis kepada kisah hidup ini.

Terus melangkah dengan PTS, daripada seorang editor biasa membuat perolehan. Mengetuk pintu pensyarah di halau-halau. Berjumpa dengan pengarang besar, dimaki penerbit kecil. Berbasah-basah, jatuh dalam longkang dan banyak lagi peristiwa tragis. Kemudian diminta untuk mengendalikan jualan kawasan utara. Tanpa boleh membuat tuntutan dan elaun kecil sebab PTS memang kecil ketika itu.

Kemudian dinaikkan kepada Pengurus Penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS P&D). PTS masih lagi kecil pada ketika itu, menjelajah seluruh semenanjung negara bersama Puan Ainon membawa obor perjuangan. Mengendalikan bengkel-bengkel penulisan. Menerima beberapa staff yang berdedikasi dalam memacu perjuangan PTS.

Kemudian dilantik pula sebagai pengasas produk baru PTS iaitu PTS Millennia Sdn Bhd. Bereksperimentasi, terbit itu terbit ini hingga ada yang berjaya menjadi bestseller. Alhamdulillah. Ada juga yang gagal tak terjual. Itulah lumrah bisnes.

Kemudian sekarang ini sudah diberikan tanggungjawab lebih besar. Memimpin 5 anak syarikat dan satu unit penerbitan.  Satu yang tak pernah saya mimpikan. Memang menyebakkan apabila memikirkan berkenaan hal ini. Perlu mencorak editorial Kumpulan PTS bagi menghadapi suasana gawat 2009. Sasaran terus membesar tanpa menghirau apa jua cabaran. Sasaran RM15 juta tetap diteruskan.

Bengkel Lagi Di Langkawi

Hari ini, hari terakhir saya berbengkel di bengkel penulisan akademik di Hotel Bella Vista, Pulau Langkawi. Bengkel jemputan Jabatan Sains Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Peserta dari kalangan para pensyara perguruan yang penuh semangat (Terima kasih atas semangat kalian). Saya pun bersemangat lebih dengan kerjasama peserta.

Fuhh!! Apabila dilihat balik memang seperti terasa letih. Tapi kepuasan melebihi segala. Ini yang dikatakan perjuangan. Saya mendapat makluman selepas bengkel di DBP oleh Ketua Bahagian Pembangunan Penerbitan tempoh hari Puan Kamsiah meminta saya mengendalikan satu lagi bengkel penulisan khusus buat buku pengetahuan remaja. Cuma apabila saya bertanya dengan pegawai beliau di bahagian, mereka berkata hendak buat kajian semula. Mungkin bengkel saya tempoh hari mereka rasa biasa-biasa saja walaupun boss teruja menjemput semula dan para peserta yang hadir amat teruja menyertainya lagi.

Biarlah, apapun semuanya ini satu pengalaman untuk mematangkan saya dalam industri perbukuan. Doakan saya terus berjaya membawa obor perjuangan dalam dunia penerbitan. Tolong doakan PTS, tolong doakan dunia perbukuan, tolong doakan untuk anak bangsa kita dan tolong doakan untuk Islam.

Banyak pula saya tulis petang ini. Mungkin sebab suasana yang menggalakkan di sini dan sudah lama tidak menurunkan tinta di sini. Baiklah, hingga bertemu lagi sebab perlu mendaftar masuk sekarang.

Ke Jakarta Lagi
Belum sempat saya menceritakan hasil yang diperoleh dari berceramah di Jakarta, hari ini saya ke Jakarta lagi. Sekarang berada di LCCT sementara menunggu berlepas. Kali ini saya bersama En. Arief, Presiden Kumpulan PTS ke sana untuk lawatan bisnes di Pesta Buku Indonesia.

Pesta Buku Indonesia adalah pesta buku anjuran Ikatan Penerbit Indonesia Pusat. Ia sebagai sebuah pesta buku peringkat antarabangsa menghadirkan pelbagai penerbit dari luar negara. Diadakan di Senayan Convention, pusat konvensyen terbesar di Jakarta.

Misi kali ini adalah bagi mengadakan hubungan kerjasama yang lebih besar dengan penerbit Indonesia. Memasarkan lesen produk buku PTS ke sana di samping melesen karya-karya terbaik dari sana ke sini. InsyaAllah selepas ini saya ceritakan kepada semua bagaimana untuk memasarkan lesen buku ke luar selepas pulang ke Malaysia. Doakan kejayaan kami di sana nanti.

Saya juga ingin maklumkan, bermula 1 Disember 2008 segala urusan berkaitan PTS Millennia Sdn Bhd dialihkan di bawah pengurusan saudara Ikram Wazir (Email beliau ikram@pts.com.my No. Telefon Bimbit : 0166611649). Beliau dilantik sebagai ketua penerbitan PTS Millennia Sdn Bhd bermula 1 Disember 2008. Saya berubah posisi dan dilantik menjadi Pengurus Besar (Editorial) bagi menguruskan keseluruhan program penerbitan Kumpulan PTS. Satu tanggungjawab yang amat besar dan perlukan penelitian yang lebih. Doakan saya berjaya lakukannya.

Baiklah cukup dulu, nanti kita kongsikan lagi banyak info di sini. Bagi yang menyertai bengkel dan seminar penulisan di bawah program pembangunan penulis kendalian saya, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com.

Penulisan Adalah Satu Seni, Penerbitan Adalah Bisnes
Para pengarang selalu merasakan penulisan adalah satu kesenian. Ia adalah gabungan inspirasi dan pengetahuan yang diterjemahkan ke dalam bentuk bertulis. Apabila begitu ramai yang merasakan ia perlukan bakat semulajadi. Sesiapa yang tidak berbakat tidak mampu merasakan naluri seni itu.

Pada pandangan peribadi saya, saya bersetuju dengan pandangan penulisan sebagai seni itu. Namun begitu saya tidak bersetuju bahawa penulisan itu semata-mata bakat semulajadi. Bakat itu boleh dilatih. Ia bergantung kepada seseorang individu ingin berubah ataupun tidak.

Satu ketika dahulu, kita sendiri tidak tahu apa itu huruf A, B, C hinggalah ke Z. Kemudian kesan daripada itu kita tidak tahu menulis angka-angka tersebut. Namun begitu selepas proses pembelajaran di taman asuhan kanak-kanak ataupun di rumah, kita sudah mengenalinya. Seterusnya kita tahu mengaplikasikannya dalam menulis setiap hari.

Menulis juga begitu. Pada mulanya ramai pengarang yang tidak tahu bagaimanakah menghasilkan karya yang baik. Ramai yang mempunyai mitos-mitos dan falas-falasi pelik-pelik dalam minda masing-masing. Kemudian mereka datang ke bengkel, mengetahui teknik-teknik menulis. Bertanya-tanya dan bertukar-tukar pandangan dengan pengarang lain. Mendengar saranan mentor ataupun sifu penulisan. Kemudian berusaha menghasilkan karya pertama. Itu memang sangat susah.

Kemudian apabila karya pertama sudah keluar, kepuasan diri datang. Terus menulis karya kedua, karya ketiga dan seterusnya. Ini adalah satu keadaan yang boleh kita lihat berlaku kepada pengarang semasa. Asalnya mereka ada ketakutan, apabila sempadan ketakutan itu dipecahkan maka ia terus berlari dengan baik.

Penerbitan pula adalah bisnes. Apabila satu-satu karya sudah siap ditulis, dikirimkan kepada mana-mana penerbit. Persoalan bisnes pula diambil kira. Adakah karya ini boleh dijual ataupun tidak? Bagaimanakah untuk melakukan program pemasaran? Siapakah sasaran pembelinya? Siapakah yang ingin menjualnya? Apakah pakejnya? Kesemua ini diambil kira pula.

Jadi dalam perkara ini, pada pandangan saya. Pengarang seharusnya menggabungkan kedua-dua unsur ini dalam minda mereka. Pengarang seharusnya menjadi pengarang yang mempunyai minda ahli pemasaran. Ia bukan sahaja menulis untuk inspirasi, tetapi untuk pembacanya. Apabila pengarang mempunyai minda begini, dengan sendirinya buku yang ditulis bersesuaian dengan citarasa pembaca.

Gabungan penulisan sebagai satu seni dan penerbitan sebagai satu bisnes menghasilkan inovasi dan kreativiti. Kreatif dalam mengeluarkan idea yang segar dan berinovasi dalam menyediakan pakej bersesuaian.

Pengarang selalunya selepas mengirimkan naskhah kepada para penerbit, yang ditanya adalah bila royalti hendak dibayar. Mentaliti sebegini seharusnya diubah. Saya tertarik dengan satu email yang dikirimkan kepada saya.

Fundamental atau tujuan menulis yang meletakkan wang sebagai force, sesuatu yang amat menakutkan. Ia boleh merosakkan penulis2 yang berbakat. Kita kena tekankan soal sebenar sebab kita menulis…..Sangat bahaya cara saudara meletakkan wang sebagai faktor utama….

Betulkan balik….

Ini adalah mentaliti pengarang berfikir cara lama. Mereka merasakan kepengarangan adalah soal bakat semata-mata. Cara berfikir sebegini perlu diubah. Saya sebagai seorang pengamal penerbitan tahu bagaimana sesebuah karya itu dilayan. Apakah karenah pengarang.

Apabila sesebuah karya itu boleh dijual dengan baik lebih ramai yang dapat membelinya. Lebih ramai orang membeli lebih banyak ilmu dimanfaatkan. InsyaAllah di akhirat kelak ada bahagiannya.

Cuba kita lihat sebaliknya. Karya yang tidak dibeli dan boleh dijual, sedikit orang membelinya. Maka tidak banyak ilmu bermanfaat disebarkan atas muka bumi.

Kita fikirkanlah.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri program pembangunan penulis Akademi Penulis, sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari
Dipetik dari blog Zakaria Sungib

Berbalik kepada persoalan memilih subjek yang hendak ditulis, saya mendapat jawapannya apabila bertemu dengan Tuan Fauzul Naim Ishak beberapa hari lalu. Saya ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghadiri satu bengkel penulisan selama tiga hari. Tidak sangka pula Tuan Fauzul Naim yang mengendalikan bengkel itu dari awal sampai akhir.

Latar belakang beliau adalah dalam bidang kejuruteraan tetapi ditakdirkan yang beliau lebih berjaya menjuruterai dan mementori penulis sepanjang lapan tahun menceburi dunia penerbitan buku. Di bawah bimbingan beliau selaku editor dan pengurus penerbitan, lahir ramai penulis termasuk penulis-penulis ‘bestseller’.

Beliau mengajak para peserta bengkelnya melakukan ‘self discovery’. Mencari kekuatan diri. Dari situ nanti seseorang itu akan tahu kekuatan sebenarnya dan mengetahui apakah ‘ada buku’ dalam dirinya. Apa subjek penulisan yang sesuai untuknya dan mampukah dia menulis tentang subjek itu.

Saudara boleh membaca artikel sepenuhnya di blog beliau (KLIK DI SINI)

Berminat menyertai bengkel kendalian Akademi Penulis? Sila lawati www.janawangdenganmenulis.com (KLIK DI SINI)

Ulasan Menarik En. Zakaria Sungib, Editor Kanan Galeri Ilmu Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen
“Kenapa kita mengadakan bengkel ini? Kerana kita hendak melahirkan ramai pengarang. Dengan lahirnya ramai pengarang, kita hendak lahirkan banyak buku. Apabila sudah ada banyak buku, barulah industri penerbitan buku di Malaysia benar-benar layak dipanggil ‘industri’,” kata Encik Fauzul Na’im yang mempunyai pengalaman lapan tahun sebagai editor dan penerbit buku. Beliau berjaya melahirkan barisan penulis-penulis buku ‘best-seller’ melalui PTS Millennia Sdn Bhd yang diterajuinya.

Beliau mengajak para peserta melihat penulisan buku sebagai bisnes, bukan sekadar seni. “Jangan tengok buku sebagai seni saja.”

Rujuk laman blog Galeri Ilmu untuk artikel sepenuhnya (KLIK DI SINI)

Bagi sesiapa yang berminat hendak mengikuti bengkel dan seminar yang dikendalikan oleh pihak Akademi Penulis, boleh lawati http://www.janawangdenganmenulis.com