Daripada Menjadi Panelis Forum Kepada Menjadi Penceramah Bengkel
March 31, 2008
Berdasarkan idea asal hanyalah sebagai panelis forum bersama dengan Puan Sri Diah, Editor Kanan Akhbar Sinar Harian dan Puan Hajjah Saadah, Ketua Editor Blue T. Selepas berbincang dengan Ketua HELWA ABIM dan disebabkan kelewatan panelis yang lain saya diminta membuka gelanggang di hadapan dengan ceramah ringkas. Bagi tidak mengecewakan permintaan tersebut saya ke hadapan dan mengendalikannya. Selepas beberapa lama, panelis lain tetap tidak muncul hingga akhirnya forum terus bertukar menjadi ceramah.
Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kepada pihak HELWA ABIM Selangor di atas penganjuran bengkel sebegini. Pihak saya amat menyokong lebih banyak program penulisan dakwah bagi memarakkan penerbitan buku-buku dakwah Islamiyyah di Malaysia.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Mentor Penulis Bestseller
fauzul@bookpro.my
www.MentorPenulis.Com
*Penulis adalah Pengurus Besar (Editorial) Kumpulan PTS (www.pts.com.my). Memimpin 5 anak syarikat penerbitan dan satu unit penerbitan di bawah Kumpulan PTS. Memiliki beberapa bisnes berkaitan buku dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan bengkel, ceramah dan seminar penerbitan di seluruh Malaysia. Sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pembangunan penulis. Sering dijemput oleh organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memberikan input mengenai dunia penerbitan dan penulisan. Biodata penuh mengenai beliau boleh diperoleh di bahagian biodata di atas (Klik Sini)
Terbaru Dari Setiap Kategori
- Coretan: Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini? - December 29th, 2008
- Jadi Bestseller: Menulis Adalah Satu Komitmen - October 9th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy - November 21st, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali - September 19th, 2008
- Pengumuman: Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (21 & 22 Februari 2009) - December 29th, 2008
- Teknik: PERHATIAN : Kepada Semua Motivator & Trainer Malaysia! Berhati-hati Soal Hak Cipta - September 29th, 2008
- Utama: Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy - November 21st, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Coretan
- Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini? - December 29th, 2008
- TAMRIN Sudah Memulakan Langkah, PTS Berpindah Lagi & Kali Ini Ke Bangunan Sendiri - December 2nd, 2008
- Dari Jakarta Ke Langkawi - November 19th, 2008
- Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
- Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari - November 11th, 2008
Comments
2 Responses to “Daripada Menjadi Panelis Forum Kepada Menjadi Penceramah Bengkel”
Got something to say?









Assalamualikum Fauzul Na’im. Saya salah seorang helwa yang hadir dalam ‘ceramah ringkas ‘ bersama Helwa Selangor pada hari itu. Saya cukup tertarik dengan apa yang Fauzul hidangkan kepada kami hari itu. Yang pentingnya fauzul telah dapat memberi semangat untuk menulis walaupun belum pandai menulis dan dapat menghilangkan rasa curiga pada kemampuan sendiri. Saya yakin sekiranya lebih kerap diadakan bengkel penulisan yang dapat memberi tunjuk ajar teknik-teknik menulis, lebih ramai lagi yang akan tampil menjadi penulis yang hebat, insyaAllah. Syabas dan terima kasih fauzul….
Alhamdulillah! Perkongsian ilmu itu penting bagi memarakkan dunia penulisan, InsyaAllah jika ada lagi jemputan saya akan turun memberikan lagi input. Semoga bermanfaat kepada semua. Amiin!!