Apa Tunggu Lagi Kembalikan Bahasa Melayu Ke Tempatnya!
November 9, 2007
Saya menilik catatan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini. Apa yang menarik minat saya adalah usul yang dikemukakan dalam perhimpunan Agong UMNO mengenai bahasa. Ada dua usul yang pada pandangan saya amat menarik dan harus diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan sejak dahulu lagi.
PERTAMA : Usul menarik balik pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Melayu
Saya amat kagum dengan komitmen yang istiqamah oleh wakil dari Johor mengenai isu ini. Beliau sudah dua kali berturut-turut membuat penegasan keperluan kembali kepadaBahasa Melayu dalam pengajaran Sains & Matematik. Ini memang sepatutnya dibuat oleh kerajaan. Dalam kenyataan hari ini, Dato’ Alimuddin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ada menyebut bahawa sebab utama mengapa pelajar luar bandar tidak cemerlang dalam subjek sains dan matematik disebabkan isu ini. Perkara ini sudah lama dibangkitkan oleh para pejuang bahasa. Kita sudah tahu kesannya. Cuma pihak kerajaan masih tidak mahu berubah ataupun takut dikatakan macam lalang sekejap begitu sekejap begini.
Itu bukan soalnya, ia melibatkan pendidikan anak bangsa. Kesan daripada itu, para pelajar Melayu terkorban. Tidakkah terfikir dosa di akhirat. Disebabkan perkara ini ramai yang tidak dapat berjaya dalam pelajaran. Tidakkah akan ditanya dan disoal di akhirat kelak bahawa para pemimpin sekarang lah penyebabnya.
Saya menyokong kenyataan Dr. Puad Sarkasi
… jangan abaikan jati diri kita. Bahasa Melayu adalah jati diri untuk mengangkasakan tamadun bangsa.
Timbul pertanyaan, apakah mengangkasakan tamadun bangsa hanya berjaya dengan bahasa Inggeris semata-mata?
Apakah dengan menggunakan bahasa Inggeris, IPTA kita akan menjadi jaguh pendidikan dunia?
Bukankah banyak faktor lain menentukan kejaguhan kita. Bukankah gahnya sebuah universiti itu kerana sumbangannya kepada tamadun ilmu yang didukung oleh mutu pengajian dan hasil penyelidikannya,
Saudara Khairy Jamaludin lantang bersuara mengenai isu ini
(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik.
Guru pun ada masalah untuk mengajar…bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran,”
Sepatutnyalah dikaji semula gagasan yang dilaksanakan tanpa kajian menyeluruh oleh kerajaan ini.
KEDUA : Isu penggunaan istilah Bahasa Melayu
Saya tidak tahu sebenarnya siapa yang menasihatkan orang yang memperjuangkan istilah Bahasa Malaysia ini. Sudah jelas di dalam perlembagaan disebut sebagai Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Semua orang yang mengkaji dan memahami perlembagaan tahu mengenai perkara ini. Mungkin beliau terlepas pandang mengenai perkara ini.
Dalam perhimpunan UMNO pun ada nada-nada sini mengenai perkara ini dibangkitkan. Antaranya oleh Dr. Puad
‘‘Masakan kita lupa, melainkan kalau kita tidak peduli. Jadi, kita kena baca buku (Perlembagaan parti dan negara) ini.
Tapi, tak tahulah kalau kita malas nak baca. Kalau itu sikap kita, baca pun tidak, apatah lagi memahaminya, maka jauh sekali menghayatinya,
Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara.
Apakah kalau namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan. Tunggu apa lagi, kembalikan namanya kepada bahasa Melayu.
Dato Muhammad Rais, Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara juga berbunyi sama. Isu perlembagaan jelas mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Dengan menggunakan bahasa Melayu bukan bermaksud tidak berpadu.
Kita bimbang kerana jika undangundang asas di dalam perlembagaan negara dipinggirkan, ia akan mengakibatkan kekeliruan kepada pemimpin akan datang jika isu itu dipertikaikan lagi satu hari nanti
Untuk terus kekal memegang kuasa politik sehingga tahun 2057 seperti yang telah diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kita mestilah tetap dengan apa yang ada disebut di dalam perlembagaan.
Ia bukanlah boleh ditukar apabila melibatkan persetujuan atau keputusan Kabinet
Kalau sayalah jadi beliau, saya pecat penasihat tersebut.
Hasil Perkongsian :Fauzul Naim Ishak
Mentor Penulis Bestseller
fauzul@bookpro.my
www.MentorPenulis.Com
*Penulis adalah Pengurus Besar (Editorial) Kumpulan PTS (www.pts.com.my). Memimpin 5 anak syarikat penerbitan dan satu unit penerbitan di bawah Kumpulan PTS. Memiliki beberapa bisnes berkaitan buku dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan bengkel, ceramah dan seminar penerbitan di seluruh Malaysia. Sudah 8 tahun berkecimpung dalam dunia penerbitan dan pembangunan penulis. Sering dijemput oleh organisasi kerajaan, bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi memberikan input mengenai dunia penerbitan dan penulisan. Biodata penuh mengenai beliau boleh diperoleh di bahagian biodata di atas (Klik Sini)
Terbaru Dari Setiap Kategori
- Coretan: Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini? - December 29th, 2008
- Jadi Bestseller: Menulis Adalah Satu Komitmen - October 9th, 2008
- Makan Karya: PBAKL 2008 Yang Penuh Kejutan!! - April 14th, 2008
- Motivasi: Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy - November 21st, 2008
- MQ TV: [VIDEO] Ceramah Pelesenan Hak Cipta di PBAKL 2008 Episod 2 - May 16th, 2008
- Pengarang: Saya Memilih Untuk Menulis - Azizi Ali - September 19th, 2008
- Pengumuman: Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (21 & 22 Februari 2009) - December 29th, 2008
- Teknik: PERHATIAN : Kepada Semua Motivator & Trainer Malaysia! Berhati-hati Soal Hak Cipta - September 29th, 2008
- Utama: Tip Menjadi Penulis Bestseller Dari Habiburrahman El-Shirazy - November 21st, 2008
Artikel Lain Dalam Kategori Coretan
- Apakah Azam Anda Untuk Tahun Baru Ini? - December 29th, 2008
- TAMRIN Sudah Memulakan Langkah, PTS Berpindah Lagi & Kali Ini Ke Bangunan Sendiri - December 2nd, 2008
- Dari Jakarta Ke Langkawi - November 19th, 2008
- Ke Jakarta Lagi - November 14th, 2008
- Lagi Ulasan En. Zakaria Sungib Mengenai Bengkel Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen Tempoh Hari - November 11th, 2008
Comments
Got something to say?








