Warning: include(/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9
Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9
Catatan Perjalanan Jogjakarta : Hari Pertama
June 29, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Jogjakarta adalah salah satu tempat di Indonesia yang sering saya dengar tetapi belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Dikatakan Jogjakarta adalah sebuah bandaraya pendidikan. Terdapat sejumlah universiti besar di sana. Antara yang mungkin ramai kenali adalah Universiti Gadja Mada dan UIN Sunan Kali Jaga.
Bertolak
Saya bertolak ke lapangan terbang dari Bentong tepat jam 11 pagi. Dengan diiringi isteri, anak-anak, mama dan ayah saya menghantarkan saya ke Terminal Tambang Murah KLIA (LCCT), Sepang. Singgah sebentar ke pejabat Wangsa Melawati bagi mengambil buku-buku naskhah contoh berserta katalog buku yang disediakan oleh saudara Ikram, Editor Kanan PTS Millennia Sdn Bhd bagi dibawa ke Jogjakarta.
En. Fauzul Dijemput Sebagai Penceramah Di Bengkel Perancangan, Pemantauan Serta Penerbitan Bku (Handbook) Dan Penulisan Saintifik, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubabatan UKM di Port Dickson
June 27, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Pengumuman
Saya dijemput sebagai penceramah di Bengkel Perancangan, Pemantauan Serta Penerbitan Buku (Handbook) dan Penulisan Saintifik, Kelompok Antioksidan dan Metabolisme, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan UKM berdasarkan butiran berikut :
- Tarikh : 29 Jun 2008
- Masa : 10.30 hingga 11.30 pagi
- Tempat : The Legend Water Chalets, Port Dickson, Negeri Sembilan
Jogjakarta yang Menakjubkan
June 27, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Hari ini adalah hari pertama saya berada sepenuhnya di pejabat selepas pulang ke Malaysia dari Jogjakarta. Kami tiba di Malaysia pada 25 Jun (Rabu). Cuma semalam adalah hari yang menyibukkan. Tidak sempat melepaskan lelah sudah ada banyak acara yang perlu dihadiri. Sesi appraisal penilaian prestasi untuk pengurusan acara penting di waktu pagi. Penilaian gerak kerja setahun dari April 2007 hingga April 2008 menjadi perkara pertama harus dihadapi semalam.
Petangnya saya perlu menghadiri acara pelancaran promosi Pesta Buku Selangor 2008. Saya sebagai pengerusi JK Publisiti & Promosi Pesta Buku Selangor 2008 diminta menyampaikan taklimat promosi kepada semua pempamer terlibat. Acara perasmian disempurnakan oleh Y.B Dr. Halimah, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor. Memang mencabar betul minggu ini.
Jurulatih di Yogyakarta Dari 23 hingga 25 Jun 2008
June 22, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Pengumuman
Saya mengetuai rombongan kerja PTS ke Yogyakarta. Antara ahli rombongan kerja adalah Puan Ainon Mohd. Pengerusi Kumpulan PTS, Prof. Emeritus Abdullah Hasan, Penasihat PTS, Puan Asma Fadila, Editor Kanan PTS Litera Utama Sdn Bhd, En. Mohd Syafizan, Editor PTS Fortuna dan Cik Mazlia, Editor PTS One Sdn Bhd.
Ini adalah kali pertama saya ke sana bagi menemui rakan-rakan penerbit Indonesia di Yogyakarta. Antara penerbit yang sudah bersetuju untuk mengadakan perbincangan adalah Bentang Pustaka, penerbit novel terkenal Indonesia dan Diva Press.
Doakan kejayaan kami dan keselamatan pergi dan balik. Amiin
Pandangan Berbeza Yang Membuka Minda
June 18, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Tempoh hari saya berpeluang bertemu dan berbincang dengan beberapa pemilik syarikat penerbitan. Satu penerbit novel, penerbit buku umum (kedua-duanya dari Malaysia) dan satu penerbit komersil Indonesia. Perbincangan kami menjurus pada persoalan kenaikan harga minyak. Apakah pandangan mereka dan bagaimanakah cara menghadapinya? Daripada perbincangan tersebut, wujud dua pandangan yang berbeza dan membuka minda.
Penerbit novel melihat daripada perspektif kesan kepada barangan pengguna. Buat pengetahuan semua, buku di Malaysia masih dianggap sebagai barangan pelengkap dan bukannya komoditi. Barangan pelengkap atau sokongan ini selalu diletakkan dalam senarai pertama bagi dipotong dalam bajet bulanan. Ia berbeza dengan Indonesia. Buku sudah menjadi barangan komoditi.
Dunia Buku Yang Terkesan
June 13, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Hari ini adalah hari pertama dalam bulan Jun 2008 saya menitipkan tulisan dalam laman web ini. Bukan kerana terlupa, bukan kerana tak mahu tetapi banyak perkara berlaku dalam beberapa lama ini. Sebaik sahaja Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008, banyak benar gerak kerja perlu dilakukan. Apabila membuka telefon bimbit HTC TyTNII saya di ruangan kalendar, boleh kata setiap hari bertanda merah. Ada sahaja temujanji-temujanji yang perlu dipenuhi.
Di samping itu juga saya mendapat beberapa tanggungjawab dan tugas baru. Dilantik sebagai pengadil MSCMalaysia IPCC dan Pengerusi Promosi & Pesta Buku Selangor 2008. Perlu melihat dan merancang produk baru bagi menghadapi keadaan ekonomi meleset yang dijangka datang akibat perbuatan pemerintah menaikkan segala harga (minyak, beras, makanan dan banyak lagi).
Semalam satu lagi cabaran apabila isteri didapati menghadapi keadaan kritikal kehamilan luar rahim. Walaubagaimanapun Alhamdulillah beliau sudah dibedah dan sekarang stabil. Terima kasih kepada Dato’ Dr. Ashar di Ampang Puteri Specialist Centre dan para pakar di HUKM yang mengendalikan pembedahan. Jasa anda semua amat saya hargai.
Dunia Buku Yang Mendesak
Semalam saya bersama dengan En. Arief berbincang mengenai apa yang bakal berlaku dalam dunia buku semasa di HUKM. Banyak benda yang diramal berlaku. Antara yang paling teruk dijangka akan berlaku inflasi.
Sebelum ini semasa dua kenaikan harga minyak yang lalu memberikan kesan berbeza. Kesan kenaikan pertama menyebabkan 2 minggu orang tidak masuk kedai, kenaikan kedua 3 bulan. Kenaikan kali ini tidak tahulah berapa lama kesannya. Laporan jualan yang terbaru banyak kedai buku besar di pusat membeli belah utama mengadu kurang pelanggan.
Walaubagaimanapun, laporan di daerah-daerah luar bandar jualannya lebih baik. Berlaku kenaikan jualan di sana. Ini adalah satu cahaya cerah dalam kegelapan. Alhamdulillah. Harapan agar dunia buku tetap berkembang dalam keadaan ekonomi merosot ini. Amiin


