Warning: include(/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9
Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/breadcrumb.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/kedaibuk/public_html/mentorpenulis.com/wp-content/themes/revolution_news-21/archive.php on line 9
Daripada Menjadi Panelis Forum Kepada Menjadi Penceramah Bengkel
March 31, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Alhamdulillah hari 29 Mac 2008 tempoh hari saya berjaya menghadirkan diri sebagai salah seorang panelis forum bagi Bengkel Dakwah Kitabah anjuran HELWA Angkatan Belia Islam Selangor. Saya diminta oleh Puan Ainon Mohd bagi menggantikan beliau menjadi ahli panel forum tersebut.
Berdasarkan idea asal hanyalah sebagai panelis forum bersama dengan Puan Sri Diah, Editor Kanan Akhbar Sinar Harian dan Puan Hajjah Saadah, Ketua Editor Blue T. Selepas berbincang dengan Ketua HELWA ABIM dan disebabkan kelewatan panelis yang lain saya diminta membuka gelanggang di hadapan dengan ceramah ringkas. Bagi tidak mengecewakan permintaan tersebut saya ke hadapan dan mengendalikannya. Selepas beberapa lama, panelis lain tetap tidak muncul hingga akhirnya forum terus bertukar menjadi ceramah.
Jurulatih Menjadi Panelis Forum Anjuran ABIM di Klang
March 28, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Pengumuman
En. Fauzul Na’im Ishak menjadi panelis forum bersempena Bengkel Penulisan Islami anjuran HELWA ABIM Selangor. Topik perbincangan adalah ciri-ciri pemilihan karya dalam sesuatu penerbitan.
Antara panelis yang turut sama adalah :
- Puan Sri Diah, Editor Kumpulan Karangkraf
- Puan Hajjah Saadah Haji Taib, Ketua Editor Blue-T Publications Sdn Bhd
Perincian tempat dan masa adalah seperti berikut :
- Tarikh : 29 Mac 2008
- Tempat : Goldcourse, Tepi Sungai Klang, Selangor
- Masa : 3.00-5.00 petang
Kelantan Yang Cinta Ilmu
March 28, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Alhamdulillah hari ini saya dapat juga berada di hadapan komputer dan menulis sedikit perkongsian minda di sini. Sudah beberapa hari sambungan internet di rumah saya menghadapi kesukaran membuang sambungan. Ini menyebabkan banyak perkara yang saya rancang dalam minggu ini tertangguh. Saya sudah membuat laporan kepada pihak telekom mengenai perkara ini dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya dalam masa 48 jam.
Bumi Kelantan : Terserlah KeIslamannya!
March 21, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Saya sekarang berada di Kota Bharu di bumi Kelantan yang diberikan jolokan serambi Mekah. Saya berada di sini bagi memenuhi satu temu janji dengan seorang tokoh besar Kelantan. Siapa? Nantikan artikel mengenainya dalam masa terdekat. Saya punya temu janji bersama beliau pada hari Ahad ini, namun begitu saya mengambil peluang bercuti bersama keluarga di sini. Sudah dua tahun setengah saya tidak ke sini. Kali akhir saya ke sini adalah sebelum kelahiran anak kedua saya, Muhammad Isyraf Idraki. Sekarang dia sudah berusia dua tahun dua bulan. Lama juga ya.

Banyak juga perubahan yang berlaku di sini dalam tempoh tersebut. Bangunan yang sebelum tidak ada, sudah ada. Jalan yang dahulunya bengkang bengkok sudah lurus. Menarik memang menarik. Tidak sepertimana yang digambarkan oleh media perdana yang mengatakan bahawa Kelantan negeri mundur.

Saya dengan negeri Kelantan ini amat dekat di hati. Saya pernah bersekolah di sini iaitu di Sekolah Menengah Sains Machang, Labok, Machang, Kelantan. Daripada tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Kemudian ayah saya berpindah ke sini atas arahan kerajaan persekutuan sebagai pegawai pertanian di Lundang, Kubang Kerian. Apabila dicampur ditolak saya tinggal di bumi Kelantan hampir 8 tahun. Perubahan daripada ketika itu hingga sekarang amatlah ketara.
Apa yang Menarik?
Saya memandu masuk ke Kota Bharu, terpampang papan tanda iklan DIGI dalam tulisan jawi. Ini tidak pernah kelihatan di tempat-tempat lain. Iklan-iklan lain juga sebegitu, semuanya pasti mempunyai tulisan jawi pada iklannya. Kemudian yang ketara adalah model-model yang dipaparkan pada iklan tersebut semuanya menutup aurat. Yang perempuan bertudung litup dengan pakaian anggun muslimah, lelaki memakai pakaian kemas dan kacak. Inilah kesannya apabila kita meletakkan Islam pada tempatnya. Gagasan kerajaan negeri Kelantan bagi menjadikan Islam teras utama pemerintahan di sini sudah menampakkan impaknya.

Nanti saya sambung lagi apa yang saya lihat, dengar dan alami di negeri ini.
Hi Tea Bersama Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia 28 Mac 2008
March 17, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Pengumuman
Pihak Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) menjemput mana-mana individu berminat bagi menyertai pertubuhan ini ke majlis Hi Tea Bersama TAMRIN berdasarkan butiran berikut :
- Tarikh : 28 Mac 2008
- Masa : 3 hingga 6 petang
- Tempat : Hotel De Palma, Ampang, Selangor
Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh rujuk di laman web TAMRIN di www.motivatormuslim.com.
Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Menjemput Ke Hi Tea Bersama TAMRIN 28 Mac 2008
March 17, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN dalam proses penubuhannya. TAMRIN digagaskan dalam pertemuan kali pertama protemnya pada 8 Februari 2008.
Dalam pertemuan tersebut, seramai lebih daripada 15 orang para perunding latihan dan motivasi tersohor negara berkumpul di Wisma Belia MAYC, Kuala Lumpur bagi berbincang mengenai penubuhan dan hala tujunya.
Antara yang hadir adalah Dr. (Kehormat) Uthman El Muhammadi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Dr. Danial Zainal Abidin, Ustaz Nik Badlishah, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Ustazah Nik Salida, Saudara Osman Affan, Saudara Ahmad Fadzli Yusof, Dr. Suriyakhatun Osman, Saudara Kamal Affandi Hashim dan ramai lagi. Saya juga turut hadir memberikan pandangan.
Pilihanraya, Satu Pertandingan Ayat & Kata-kata
March 17, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Pilihanraya baru sahaja selesai diadakan pada hari Sabtu lalu. Kita sudah mengetahui siapa yang menang, siapa yang kalah. Para penganalisa politik adalah orang yang paling ‘laku’ dalam forum-forum rasmi dan tidak rasmi. Setiap hari apabila kita membuka radio ataupun televisyen pasti terlihat wajah-wajah mereka. Ada yang bernada marah, ada yang sejuk, ada yang rasional, ada yang bias dan banyak lagi.
Pelbagai telahan, komen dan pandangan diberikan. Semuanya disebabkan keputusan di luar jangka berlaku. Kubu-kubu kuat Barisan Nasional (BN), parti yang memegang kerajaan persekutuan jatuh ke tangan Barisan Rakyat (BR). Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan BR. Mereka yang mendabik dada bersuara di dalam televisyen dan radio, sekarang mula bersuara perlahan dengan mengata-ngata rakyat tidak bersyukur. Di sana sini orang mengatakan ini adalah suatu trend perubahan pemikiran rakyat terutamanya generasi muda. Kemenangan BR adalah kemenangan generasi muda.
Pertandingan Ayat & Kata-kata
Saya tidak mahu mengulas banyak mengenai pilihanraya secara keseluruhan. Apa yang menarik minat saya adalah penggunaan kata-kata dalam pilihanraya pada kali ini.
Apabila pemimpin BR bersuara mengkritik pihak BN, dikatakan mereka ini suka memaki hamun, mengata orang, menfitnah dan sebagainya. Apabila pemimpin BN berbuat perkara yang sama, mereka ini dikatakan sebagai agresif. Tiada pula perkataan memaki hamun dan sebagainya. Yang baik semuanya BN dan yang buruk semuanya BR. Mana yang dikatakan oleh BN adalah menjelaskan fakta dan data walaupun sebenarnya tidak ada. Apa yang dikatakan oleh BR adalah fitnah walaupun data setinggi gunung. Pelik tapi benar.
Bagi saya semua pihak perlu muhasabah apabila melihat kepada apa yang berlaku di dalam pilihanraya kali ini. Orang kerajaan, pembangkang, individu dan organisasi. Apabila kita melakukan perkara salah, satu hari Tuhan akan tunjukkan kepada semua.
Sedar Diri dan Jangan Bodoh Sombong
Tempoh hari saya mendapat maklumat daripada seorang rakan saya. Beliau menghadiri satu mesyuarat pengurusan program bertaraf antarabangsa yang mana saya juga salah seorang jawatankuasanya. Dalam mesyuarat tersebut ada seorang pegawai sebuah organisasi kerajaan mengeluarkan kata-kata fitnah kepada saya yang mengatakan saya tidak melakukan tugas saya. Ditambah pula dengan menuduh saya meninggikan suara apabila bercakap dengan beliau.
Saya tersenyum dalam geram. Perkara ini berlaku apabila satu keputusan mesyuarat pengurusan lalu program tersebut yang mana bersetuju agar pegawai organisasi kerajaan tersebut melakukan satu gerak kerja agar memudahkan kerja-kerja di bawah pengurusan saya. Sepatutnya perkara itu sudah diselesaikan dalam tempoh masa singkat. Pihak saya hanya menghubungi dan bertanyakan status gerak kerja tersebut. Apabila diperiksa, pegawai tersebut tidak melakukan apa yang sepatutnya dibuat. Ini melambatkan gerak kerja saya.
Saya bertanyakan dengan kerani beliau, dengan nada biadap si kerani pula berlagak macam boss. Beliau pernah menelefon saya dengan tidak memberikan salam dan memperkenalkan diri terus mengeluarkan arahan kepada saya. Jika pegawai-pegawai saya lakukan sebegitu sudah lama mendapat amaran daripada saya. Jadi apabila ditanya dalam mesyuarat semalam, kesalahan tersebut dilepaskan kepada saya dengan tidak mengaku beliau yang bersalah.
Kes-kes sebeginilah yang menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kerajaan. Para pengurusnya tidak menggambarkan profesionalisme dan ketelusan. Jika pada zaman Khulafa’ ArRasyidin, Saidina Omar Al-Khattab semasa dilantik menjadi khalifah, memohon dalam ucapan pertamanya agar rakyat menegur jika beliau melakukan kesalahan. Pada ketika itu juga ada seorang di kalangan pendengar ucapan, bangun dan berkata beliau akan menegur dengan pedang. Saidina Omar mengucap syukur kepada Allah. Tidak seperti para pegawai kerajaan dan pemimpin kerajaan pemegang tampuk kuasa.
Sepatutnya apa yang dikata dan dibuat perlu lihat apakah ini salah ataupun benar. Mana yang benar dan mana yang salah. Jangan selalu menuding kepada orang lain. Ingatlah sekali kita menunjukkan jari telunjuk ke depan ada empat lagi jari menunjuk ke arah kita. Semoga pilihanraya ini memberikan banyak manfaat kepada semua.
DEB & AEM
Sekarang orang banyak bercakap mengenai Dasar Ekonomi Baru. Ia timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru ingin mengkaji semula DEB di Pulau Pinang. Sang pejuang Melayu (itu yang dikatakannya) mengatakan ini menentang dasar Melayu. Apabila begini adalah juak-juaknya berdemonstrasi. Kemudian mulalah orang mendedahkan apa yang sebenarnya. Apa yang benar makin terserlah, yang buruk tertonjollah. Kemudian di sebelah sini memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM). Walau apapun harapan saya biarlah ia menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!
March 14, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Coretan
Bagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu.
Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya bagi orang yang menonton filem ini selepas membaca novelnya pasti merasa kehilangan. Mengapa? Roh asal cerita daripada novel seakan-akan hilang di dalam filemnya.
Saya bukanlah seorang pengkritik ataupun penggiat dunia perfileman yang mampu memberikan kritikan kepada mutu pembuatan filem. Saya memberikan pandangan daripada perspektif orang buku yang menilai filem daripada kaca mata pembaca novel asalnya.
Karisma Watak Utama Hilang
Novel Ayat-ayat Cinta menonjolkan satu watak yang cukup dominan sepanjang penataannya iaitu Fahri. Wataknya di dalam novel digambarkan sebagai seorang lelaki Muslim baik, warak, tenang yang cukup karismatik dan menjaga nilai-nilai Islamnya. Fahri di kaca mata pembaca sebagai suatu role model lelaki Muslim hebat yang patut ada dalam diri lelaki-lelaki Islam yang lain. Para sahabat dan individu sekelilingnya amat menghormatinya dan menjadikan ia sebagai pakar rujuk hidup mereka. Ini menyebabkan dalam diam ramai wanita di sekeliling menjadikannya sebagai lelaki idaman.
Saya Menulis Satu Judul Buku Satu Hari
March 6, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Pengarang
Saya bertemu dengan beberapa orang rakan penerbit dan penulis penulis di Pesta Buku Islam Jakarta 2008 baru-baru ini. Mereka ini tidak lokek untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai dunia penerbitan mereka di sana. Apabila melihat kepada rangkaian judul dan jumlah buku yang besar, kita dapat menjangkakan bahawa komuniti pengarang di sana adalah jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia. Ada beberapa kelompok pengarang yang bekerjasama bagi memastikan karya-karya terbitan Indonesia berkualiti tinggi. Antara yang boleh disebut adalah Forum Lingkar Pena. Yang menarik lagi di sana wujud agensi-agensi swasta yang ditubuhkan sebagai konsultan kepada para penulis.
Salah satu yang saya baru tahu adalah agensi milik saudara Ali Muakhir, bekas pengurus di Dar Mizan, salah satu anak syarikat Mizan Publishing House. Ali adalah sahabat lama yang pertama kali saya temui beliau pada Pesta Buku Indonesia pada tahun 2004 (cop passport saya yang pertama dari Jakarta pada November 2004). Beliaulah orang yang menyambut kami pada lawatan pertama kami di sana. Selepas bertemu di Jakarta, kami bertemu lagi di Bandung semasa kami melawat pejabat Mizan Bandung. Hinggalah akhirnya saya mendengar khabar bahawa beliau sudah meletakkan jawatan dan keluar daripada Dar Mizan. Satu kejutan.
Jakarta Bumi Mewah Ilmu
March 5, 2008 by Fauzul Naim Ishak
Filed under Makan Karya
Islamic Book Fair Jakarta tidak pernah tidak, mengagumkan minda ilmu saya. Mengapa? terhampar satu pemandangan indah dunia ilmu yang menyebabkan minda pemikir segar dengan ruang pandang baru ilmu. Setiap tahun saya tidak pernah terlepas mengikuti jelajah ilmu di Islamic Book Fair Jakarta. Peluang memandang, menelaah, meredah lautan ilmu para karyawan yang penuh konsep dan makna.
Pada kali ini saya pergi bersama rombongan yang besar. Tidak seperti sebelum ini jika pergi hanya berempat ataupun berlima sahaja. Namun begitu kali ini seramai 14 orang turut serta bagi bersama menelusuri kerancakan pengembangan ilmu di sini. Antara yang turut serta adalah Puan Ainon Mohd. Pengerusi Kumpulan PTS, Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hasan Penasihat Akademi PTS, En. Khair Ngadiron CEO Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, En. Razin Pegawai Kewangan ITNMB, En. Khalek Peguam ITNMB, En. Abdul Halim Pengarah Majlis Buku Kebangsaan MalaysiaEn. Arief Hakim Presiden Kumpulan PTS, En. Ishak Hamzah Pengarah Urusan E-Media Publication Sdn Bhd, En. Halim Pekan Pengarah Urusan Pekan Ilmu Sdn Bhd, Profesor Dr. Rahman Shaari Profesor di Universiti Malaya dan beberapa staff PTS.
Boleh dikatakan semuanya orang-orang besar dunia penerbitan buku. Saya pun tidak tahu bagaimana rombongan jadi seramai ini, ia bermula dengan penyataan hasrat untuk ke sana kepada beberapa rakan penerbit. Saya seperti selalu ke Jakarta untuk berurusan dengan penerbit-penerbit buku di sana, berbincang soal pelesenan hak cipta, pertemuan dua hala dan sebagainya. Selalunya saya membawa beberapa orang staff Kumpulan PTS terpilih bagi menyertai saya sambil membuka minda mereka mengenai dunia buku Indonesia. Tup! tup! seorang demi seorang menyatakan untuk turut serta hingga akhirnya menjadi ramai. Walaubagaimanapun kemeriahan cukup terasa dan bagi saya ini adalah perjalanan ke Jakarta yang paling menyeronokkan.
Kemewahan dunia ilmu di Jakarta pastinya mengagumkan individu pemikir yang melihat. Buku-buku penuh konsep mewarnai dunia ilmu yang menjana minda masyarakatnya. Daripada persoalan remeh temeh hinggalah terdalam menjadi bumbu menarik buku-buku mereka. Garapan segar dengan pakej persembahan praktikal menjadi santapan menyelerakan sesiapa membaca.
Saya amat sarankan sesiapa yang ingin terjun dan sudah terjun ke dunia penulisan hadir ke sana bagi membuka minda. Seribu satu idea dan konsep baru boleh diperoleh. Sepertimana kata salah seorang staff saya yang turut hadir
Abang Fauzul (Panggilan semua staff PTS kepada saya), buku begini pun mereka boleh buat ya? Hebat, kita tidak pernah terfikir hendak membuat buku sebegini.
Di bawah ini saya kongsikan sedikit tulisan rakan baik penerbit saya di Indonesia yang juga pengarang beberapa buku bestseller di sana, Bambang Trimansyah. Bambang Trimansyah adalah pengarah urusan untuk Penerbit Salamadani dan Penerbit MQS, juga konsultan buat Cicero Publishing. Tulisan ini saya peroleh daripada mailing list saya. (Pohon ijin ya pak)
Catatan Pak Bambang di Islamic Book Fair Jakarta 2008
Berkeliling Sabtu-Ahad di arena IBF, sungguh memberi impresi tersendiri. Silaturahmi dengan teman-teman pekerja perbukuan, silaturahmi dengan sesama penulis dan editor, dan yang dahsyat silaturahmi dengan gagasan-gagasan baru luar biasa penerbit buku Islam.
Buku Islam tidak terpengaruh dengan Permendiknas–yang membuat ketar-ketir penerbit buku pelajaran. Buku Islam tidak terlalu khawatir dengan pendeknya jalur distribusi dan terbatasnya space toko buku. Bahkan, terkadang negatifnya buku Islam tidak peduli dengan hak cipta, tidak peduli dengan editing, dan tidak peduli dengan kemasan. Namun, kondisi negatif dalam satu tahun terakhir ini berangsur-angsur membaik.
Ini seperti sebuah berkah lain untuk negeri bernama Indonesia. Serombongan teman-teman dari Malaysia yang dimotori sahabat saya, Fauzul Na’im (dari PTS) datang, bahkan turut serta juga Ibu Ainoon, seorang penulis selebriti self-improvement di Malaysia. Mereka tertarik oleh magnet buku Islam Indonesia yang konon luar biasa hebat perkembangannya. Mimpi mereka bisa membawa pulang right karya-karya hebat anak bangsa, sembari buku-buku mereka pun bisa berterima di publik pembaca Indonesia.
Di sudut kecil Kenanga 6, berbarengan dengan stand gabungan IKAPI, sebuah penerbit baru menarik perhatian. Cicero Publishing tampil perdana dengan satu Quran (desainnya fungky sekali)dengan diferensiasi highlight ayat-ayat doa. Kemudian, ada empat buku lagi dengan desain mengikat mata dan judul-judul yang mengundang rasa ingin tahu.
Di beberapa tempat tampak penerbit yang tahun lalu belum ada dalam jagat perbukuan Indonesia, tampil tiba-tiba dengan sejumlah judul yang powerful. Di depan dan bagian dalam istora, masih ditempati penerbit-penerbit papan atas ataupun rising star dengan semangat yang tidak kalah dari penerbit-penerbit baru. Ada Mizan, Pena, Republika, GIP, dan banyak lagi.
Di beberapa titik ada penerbit-penerbit spesialis buku murah yang entah kapan masih bertahan dengan buku-buku mereka, seperti Irsyad Baitus Salam dan Jabal. Mereka obral buku dengan bandrol yang sanga masuk harga psikologis pembaca Indonesia: 10.000 dan 20.000. Lalu, apa buku yang menjadi bintang di IBF tahun ini?
Bintang buku-buku Islam masih merata jika tidak ingin menyebutkan “Ayat-Ayat Cinta” masih digjaya. Buku-buku tentang keajaiban segala shalat masih laku. Buku-buku yang mengharu biru hati wanita seperti Khadijah dan Aisyah juga tetap menjadi primadona. Buku-buku anak Islam juga bergerak cepat. Buku-buku karya ulama, ustad, dan kiai masih juga dicari. Dan tentu Quran adalah buku yang abadi dicari dan diminati yang sekarang tampil dengan segala diferensiasi, termasuk tajwid berwarna.
Saya duduk di coffee shop berbincang sekitar 30 menit dengan Hendra Setiawan, pemilik Jabal. Setelah itu, bergegas ke Ruang Anggrek untuk acara bedah buku. Lantai atas yang dulu agak lengang, kini juga dipadati booth dan pengunjung. Lepas bedah buku “Magnet Muhammad saw” bersama dr. Tauhid Nur Azhar, saya pun bergegas menuju stan MQS. Buku-buku Aa Gym masih juga diminati meskipun masih tampak seorang ibu dengan raut tanpa ekspresi ketika suaminya minta persetujuan membeli buku Aa (he-he-he). Di depan stan Cicero saya bertemu Mas Chris dari DR dan berbincang sebentar tentang fenomena buku akhir-akhir ini. Selepas itu, bergegas makan siang ditemani Arul Khan, seorang penulis pesohor juga dan terhenti sebentar ketika seorang penulis bernama Pak Miswan meminta saya menunggu untuk sekadar menghadiahkan buku karyanya kepada saya. Wah, sungguh dunia yang dinamis dan menyenangkan.
Terbayang pada tahun 1997-2000 dulu ketika saya masih setia ikut menjaga booth di setiap pameran buku dari pukul 7 hingga 10 malam setiap hari. Dari sinilah saya merasa mengikuti gelombang dahsyat perbukuan nasional, menyimak langkah penerbit dari masa ke masa, dan bersilaturahmi dengan banyak orang yang membawa antusias.
Semoga gambaran cerah ini adalah refleksi masa depan bangsa kita yang makin kokoh dengan antusiasme untuk iqra — menghimpun ilmu dari manapun. Terima kasih.


